<< Prev Blog
Next Blog >>

Aramai-iT

ICT pun aramai juga bah...

KLINIK APLIKASI TEKNOLOGI DALAM KEUSAHAWANAN (TECh) DI PUSAT E-DESA

Program TECh yang diadakan di Pusat e-Desa akan membuka ruang serta peluang kepada rakyat Sabah umumnya, penduduk luar bandar khususnya agar mereka dapat bersama-sama bersaing dengan penduduk di bandar terutama dalam penggunaan serta aplikasi teknologi dalam keusahawanan. TECh menggunakan Pusat e-Desa sebagai platform kepada penduduk luar bandar dan diisi dengan program-program yang bermanfaat kepada penduduk sekitarnya.

Program selama 4 hari ini telah dimulakan pada tahun 2014 yang melibatkan Pusat e-Desa Saga-Saga Membakut, Sinulihan Sook, Topokon Tamparuli dan Sapagaya Hulu Lahad Datu. Melihat kepada impak yang tinggi kepada para peserta yang pernah terlibat dengan program ini, kementerian telah mengambil keputusan untuk meneruskan pelaksanaannya pada tahun 2015 yang melibatkan Pusat e-Desa Kalabakan tawau, Tangkarason Paitan, Indai Tuaran dan Makaniton Tenom.
In category Technology
Tags :
Comments

Send